Wednesday 25 November 2015

Semoga Allah Rahmati Kamu


 BISMILLAH...
Assalammualaikum warahmatullahhiwabarokatuh,
Alhamdulillah, lama rasanya saya tak update dalam blog ni, dan ada sesuatu yang saya mahu kongsi pada semua.
Cuma sekadar kisah hidup saya dan 'dia'. 'Dia' sahabat saya yang saya cinta kerana-Nya...
Moga kasihkan 'dia' kerana kebaikkan yang pernah 'dia' beri pada saya. Semoga 'dia' menjadi saham akhirat saya.
Dan semoga Allah Rahmati Dia..... Sahabat saya.




 20 Ogos 2015

Tarikh yang tak pernah akan pernah saya lupa... Hari di mana Allah uji persahabatan antara saya dan dia. Empat tahun saya bersama dengan dia. Berkongsi segala cerita, menangis, ketawa bersama... Semuanya saya lalui bersama dia. Sahabat yang saya paling saya sayang diantara sahabat-sahabat saya yang lain. Dan tiba-tiba persahabatan kami terputus... Entah kenapa, mungkin juga salah saya, mungkin juga salah dia.

Tetapi saya tidak kisah itu semua... kerana perasaan sayang yang masih ada.

Petang Khamis itu saya terduduk sebentar,

Penat dengan masalah yang ada. Entah bila pengakhirannya. Ketika itu saya berfikir, mungkin saya banyak ketepikan keluarga saya.

Air mata diseka dengan perlahan.

Ketika itu saya terasa perlukan kekuatan. Air mata merebes lagi.
Sampai bila saya mahu begini.

Segala hamburan cacian terpalit pada saya pada petang itu.... bukan pada saya saja, tapi juga keluarga saya dan semestinya orang yang banyak berjasa pada saya, iaitu ibu saya.

Tetapi ibu tersenyum saja, bahkan menenangkan saya. Walau kudrat di badannya penat tidak terkata, tetapi dia buat tidak hirau saja. Mampu lagi ketawa ketika memeluk saya. Membiarkan saja dirinya dikata.

Tetapi, siapa tahu isi hati dia?
Dia juga manusia biasa.

Ketika itu saya pandang dalam matanya, mencari sisa ketenangan yang masih ada.

"Biar apa yang orang mahu kata, Allah ada" Ibu tersenyum. Air mata yang jatuh itu cepat-cepat dia seka. Mungkin sedih kerana melihat saya atau mungkin sedih kerana fitnah yang terpalit padanya.

Allahu... rasa bersalah teramat padanya.

Segala ujian yang terjadi pada saya, ibu yang tanggung semua. Padahal saya?
seringkali menguriskan hatinya.

Ketika itu saya fikirkan kembali,
Mungkin Allah menguji persahabatan saya, agar saya sedar keluarga itu lebih dari segalanya.
Agar saya sedar pengorabanan ibu itu lebih besar harganya.

Biar Allah tarik sebentar nikmat persahabatan antara saya dan dia.
Daripada saya hanyut, tidak sedar hikmah yang terjadi sebaliknya.

Dan untuk 'dia' yang saya masih anggap sebagai sahabat saya.
Terima kasih untuk segala kebaikkan yang kamu beri pada saya.
segala pengorbanan yang kamu lakukan pada saya.

Dan saban hari saya panjatkan doa pada-Dia... memohon ampun atas kekhilafan saya.
Saya manusia biasa, pembuat dosa.

Ini isi hati saya buat 'dia'. Biar 'dia' tidak tahu yang saya masih sayangkan persahabatan yang masih ada

Doa saya....

Semoga Allah Merahmati Kamu...

Sahabat saya yang saya kasih kerana-Nya