Tuesday 3 December 2013

Ujian buat seorang hamba

Assalammualaikum semua :)

Ujian dari Pencipta Buat Seorang Hamba

Ya ujian. 

Perkataan ini begitu sinonim dalam kehidupan segenap manusia tidak kira miskin, kaya, tua mahupun muda. Masakan tidak, bukankah 'benda' ini selalu menjengah dalam kehidupan. Usah tipu jika anda tidak pernah mengalaminya. Yang hanya membezakan ujian itu adalah dari segi harta, anak-anak, ataupun, yang paling digeruni oleh manusia yang mempercayai Allah adalah ..... ujian keimanan ataupun disingkirkan dari hidayah Allah swt. Nauzubillah!

Kita sebagai manusia yang lemah sering mengeluh....

"hai, malangnya nasib saya hari ini"
"baik saya mati jika hidup merana begini"
"nampaknya tuhan sudah melupakan saya"

Ya kita mengeluh itu ini.....
Penuh celoteh menyalahkan takdir.

Persoalannya,

Siapa kita untuk mengatakan semua itu?
Siapa kita untuk mengatakan Allah melupakan kita?
Siapa?

Jawapannya hanya satu,
"Aku hanyalah seorang hamba yang penuh dengan kekhilafan, penuh dengan kotoran dosa."

Itulah kita. Anda dan saya.

Sebenarnya Allah tidak pernah meninggalkan kita. Sesaat pun tidak pernah. Bukankah Allah lebih dekat dari urat nadi kita?

'Aku adalah sangkaan hamba-ku terhadap-ku, dan aku bersamanya ketika mereka mengingati-ku. Sekiranya mereka mengingati-ku. dalm satu majlis, Aku pasti mengingati mereka dalam majlis yang lebih mulia lagi. Sekiranya mereka mendekati-ku sejengkal ,Aku pasti mendekati mereka sedepa. Sekiranya mereka mendekati-ku sedepa, Aku pasti mendekati mereka lebih  dari itu. Sekiranya mereka mendekati aku dalm keadaan berjalan, aku pasti mendekati mereka dalam keadaan pantas'
(hadith ini direkodkan oleh Muslim)

Kita sepatutnya mensyukuri nikmat ujian ini.

"Ya Allah berilah saya ujian agar saya bersyukur"

Tetapi jangan salah anggap. Syukur di sini bukan seperti meminta di atas. Syukur disini dalam erti kata sebenar adalah dengan memandangnya dari sudut positif.

"Memandang dari sudut positif? macam mana tu?" Seseorang bertanyakan kepada saya. Tetapi saya hanyalah budak sekolah menengah untuk menjawab. Apalah sangat ilmu yang ada pada saya. Lalu saya berusaha merujuk pelbagai buku di rumah. Hinggalah terbaca sebuah buku karangan 'abang senior' yang disangjungi di matri, Hilal Asyraf namanya. Buku berjudul 'Hero' dan 'Untuk Kita Pendosa' serta kalamullah saya rujuk. Buku yang ditulis beliau saya dalami. Membuatkan saya faham kenapa dan apa sebab ditimpakan ujian sebegitu. Sehinggalah hari ini. Dan akhirnya..... Alhamdulillah! Allah menemukan saya sebuah jawapan yang memang menyentap hati saya.

'Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri,(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan saki itu). Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.'(Asy-syura 26:30)

Pasti anda semua mendapat 'keyword disitu. Apa, tak dapat lagi? biar saya beritahu.
Bukankah ketika kita ditimpakan ujian Allah mengampunkan segala dosa kita. Allah itu amat mengasihi hambanya. Begitu luasnya rahmat dan kasih sayang Allah itu bukan?
Allah tidak pernah meninggalkan kita. Malahan Allah memberi perhatian kepada kita.
Menunggu kita untuk memohon kepada-Nya. Menunggu kita untuk meluahkan segalanya kepada Dia. Bertapa Allah itu bersifat Ya Latif iaitu Maha Lembut menyantuni hambanya. Dan juga mungkin, Allah menimpakan ujian sebegitu bagi mengubahnya menjadi lebih baik. Menjadikan seseorang itu lebih taat dan patuh kepada perintah-Nya. Siapa tahu penyusunan Ilahi. Semuanya rahsia Allah.

Subhanallah, Sesungguhnya Allah itu adalah Ilah dan Rabbku.

Wahai sekalian hamba kepada Pencipta langit,

Kembalilah kepada-Nya.
Bersujudlah  kepadanya. 
Memohon ampun di atas kekhilafan diri. Menyatakan kelemahan diri. 
Biarlah air mata itu mengalir membasahi pipi. Berjuraian tanpa henti.
Tabahlah dalam menghadapi ujian dan cubaan dari ilahi.
Mohonlah kekuatan daripada Pencipta Kekuatan.
Agar kamu menjadi penghuni syurga yang abadi.

"Janganlah kamu berasa lemah dalam perjuangan bagi mempertahankan dan menegakkan agama islam. Jangan kamu berdukacita terhadap apa yang menimpa kamu. Kamu adalah golongan yang tertinggi sekiranya kamu golongan yang sungguh-sungguh beriman"
(Ali Imran ayat 139)











No comments:

Post a Comment