Tuesday 17 March 2015

Membina Tembok Cinta Kerana-Nya...





Cinta.... 

Apabila ia diungkap, terbayanglah kita sang adam dan hawa yang sedang berpimpinan tangan... melafazkan kata-kata cinta yang mengasyikkan. Alpa, lalai, leka, angau, itulah cinta versi dunia semata-mata.

 Dikotori daki-daki dosa serta lumpur jahiliah dengan meminggirkan Allah yang menciptakan cinta. Mungkin hari ini kita memandang enteng perihal cinta. 

Orang kata.... 

 "alah pegang tangan je pun, lagipun kami dah nak kahwin"


 Bila ditegur.... orang kata... 

"kau sibuk apasal! kubur lain2" 
"alah, bajet ustazah pulak"

 Dan macam-macam lagi yang mungkin tidak enak didengar. 

 Maaf, 
bukannya saya ingin menolak pendirian cinta 'versi dunia'... cuma ingin mengembalikan fitrahnya. Cinta yang suci tidak mungkin penghujungnya di Neraka... cinta kerana Allah tidak akan sekali membawa kebinasaan pada seorang hamba. Maka cara mudahnya, kita perlu kenal apa itu CINTA KERANA ALLAH... 


 Bagi saya definisi cinta amat mudah. Allah yang menciptakan satu fitrah yang ada pada diri setiap insan yang tiada siapa dapat menolaknya. Cinta sebenarnya adalah sayang. Maka jikalau sayang takkanlah nak campak orang yang kita sayang masuk neraka! 

 Tak mungkin! siapa sanggup.


 Maka kalau sudah ada bunga di hati usah tunggu hingga layu, mereput hingga mencemarkan taman hati. teruskan langkah yang seterusnya. Bila terjelopok sebentar minta bantuan pada Allah yang memberi kekuatan. 

Beristhikarah dahulu, kemudian bermusyawarah. Lalu duduk dan renung sebentar kerana apa kita bercinta? untuk apa? dan soalan yang paling penting pada diri ialah kerana siapa? usah mengikut nafsu. 

Usah terburu-buru. Kita perlukan masa. Masa untuk memperkemaskan diri membina benteng keimanan yang semahunya tidak akan sekali roboh ditimpa badai.

 Kerana kita hanya mahu dan mahu... cinta yang diredhai ilahi... iaitu... CINTA HINGGA MENEMBUSI JANNATUL FIRDHAUS...yang hakiki.


 Sekian,

No comments:

Post a Comment